Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
story images
story images
story images
story images
mk-logo
Berita
Kaji dulu sebelum kata, 'puteri reformasi' tegur PM

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak harus membuat 'kerja rumah' terlebih dahulu sebelum mengulas berkaitan gerakan reformasi 19 tahun lepas, kata Naib Presiden PKR Nurul Izzah Anwar.

Nurul yang digelar 'puteri reformasi' berkata, gerakan itu bukan bertujuan menjatuhkan perdana menteri ketika itu Tun Dr Mahathir Mohamad semata-mata.

“Kita tidak mulakan reformasi secara khusus untuk sasarkan Mahathir. Ia jelas reformasi agenda, ke arah sistem urus tadbir yang lebih baik.

“Jadi Najib mesti buat kerja rumah, baca secara, kemudian barulah komen,” katanya.

Ketika Anwar dipecat, Nurul diketengahkan sebagai ikon reformasi.

Beliau sejak 19 tahun sering tampil dalam perhimpunan anti-Mahathir, antaranya dengan memakai tag bertulis “Keadilan untuk papa”.

Bercakap di kubu kuat PKR di Permatang Pauh semalam, Najib berkata sudah tiba masanya pengundi parlimen itu membuat perubahan dengan memilih BN dalam pilihan raya umum akan datang.

Beliau mendakwa gerakan reformasi itu secara rasminya boleh dikatakan berkubur apabila Mahathir yang ditentang dahulu telah bekerjasama dengan pembangkang.

Katanya, Mahathir yang dikatakan diktator, maha firaun, maha zalim, kini telah “didakap” dan dilantik menjadi pengerusi Pakatan Harapan.

Dalam sidang media di ibu pejabat PKR di Petaling Jaya hari ini, Nurul juga menegaskan bahawa agenda perubahan lebih penting berbanding agenda peribadi.

Reformasi juga, katanya lagi, semata-mata untuk rakyat terbanyak.

Beliau juga ditanya berkaitan gesaan Naib Presiden PAS Datuk Mohd Amar Nik Abdullah supaya menuntut permohonan maaf daripada Mahathir kerana menuduh Anwar meliwat pada 1998.

Nurul Izzah bagaimanapun berkata beliau memilih mengutamakan rakyat Malaysia dalam melawan musuh bersama.

“Kerana saya pilih untuk cakap soal ang penting dan akan menjejaskan keseluruhan rakyat Malaysia,” katanya.

[Baca berita asal]

Lihat Komen
ADS