Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
story images
story images
mk-logo
Berita
TMJ beri peringatan pada 'Encik Ibdillah'
Diterbitkan:  Aug 18, 2017 3:38 PM
Dikemaskini: 8:08 AM

Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) Tunku Mahkota Johor Tunku Ismail Sultan Ibrahim menafikan mahu menjatuhkan mana-mana pihak.

Menyebut khusus “Encik Ibdillah”, baginda meminta individu itu tidak menggunakan tentera siber untuk menghentamnya.

“Kepada En Ibdillah, tidak perlulah sibuk-sibuk dengan cybertroopers awak untuk menghentam-hentam saya dan menjulang 'bos' awak. Tiada sesiapa yang nak jatuhkan 'bos' awak.

“Awak perlu ingat sokongan terbesar parti politik awak datangnya dari negeri Johor. Fikirlah sebaik-baiknya,” kata baginda.

Johor sentiasa dianggap sebagai kubu kuat Umno.

TMJ tidak merujuk secara jelas Ibdillah mana yang dimaksudkannya tetapi mungkin merujuk kepada exco Pemuda Umno Ibdillah Ishak.

Beliau memegang portfolio media baru untuk pergerakan itu.

Malaysiakini sedang cuba mendapatkan reaksi Ibdillah Ishak berkaitan kenyataan baginda.

Lihat Komen
ADS