Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita
Permit penyembelihan korban dilaksana sejak 2009

Kadar permit bagi penyembelihan haiwan ternakan untuk tujuan korban sempena Aidiladha telah dilaksanakan sejak 2009 untuk menjaga kepentingan orang ramai, kata Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman.

Beliau berkata kadar tersebut​​​​​​ dilaksanakan bagi penyembelihan lembu dan kerbau di luar rumah sembelihan berdaftar di bawah Kaedah-kaedah Binatang (Kawalan Penyembelihan), Akta Binatang 1953.

Menurut Tajuddin pengenalan permit tersebut adalah untuk pemeriksaan kesihatan haiwan sebelum dan selepas penyembelihan.

“Kadar tersebut bukanlah baharu yang mana untuk sembelihan bagi lembu dan kerbau adalah sebanyak RM35 seekor, manakala kambing pula dikenakan kadar RM25 seekor,” katanya kepada pemberita selepas menghadiri perasmian Persidangan Perwakilan UMNO Bahagian Pasir Salak oleh Ketua Menteri Sabah merangkap Anggota Majlis Tertinggi UMNO Datuk Seri Musa Aman.

Tajuddin yang juga Anggota Majlis Tertinggi UMNO diminta mengulas mengenai rungutan orang ramai terhadap keperluan mendapatkan permit bagi penyembelihan korban sempena Aidiladha.

-Bernama

Lihat Komen
ADS