Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita

Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) akan memanggil pihak pengurusan Kiffah Travel & Tours Sdn Bhd bagi membantu siasatan kes pemandu Sukan SEA 2017 (KL2017) syarikat berkenaan yang dipercayai tidak mempunyai lesen memandu.

SPAD dalam kenyataan semalam berkata pengendali dan pemandu yang terlibat dengan KL2017 harus mematuhi secara ketat keperluan pelesenanan dan Kod Amalan Keselamatan Industri (ICOP).

Menurut kenyataan itu, lebih 100 anggota penguat kuasa SPAD akan dikerahkan ke semua lokasi acara sukan utama bagi meningkatkan aktiviti penguatkuasaan untuk memastikan pematuhan terhadap syarat-syarat wajib keselamatan ICOP dan pelesenan.

"SPAD dengan kerjasama ​​​Jabatan Pengangkutan Jalan dan Polis Diraja Malaysia akan meneruskan pemantauan rapi terhadap pengendali yang dilantik bagi memastikan senarai lengkap pemandu dan kenderaan akan disemak dan diperiksa selanjutnya," menurut kenyataan itu.

Bernama semalam melaporkan seorang lelaki yang bertugas sebagai pemandu bas pasukan bola sepak wanita Myammar ditahan selepas disyaki mengambil seutas jam tangan milik seorang pegawai pasukan bola sepak wanita Malaysia.

Polis menerima aduan mengenai kehilangan jam yang ditinggalkan di dalam bas yang membawa pemain bola sepak wanita Malaysia ke Stadium Universiti Teknologi Mara di Shah Alam, Selangor pada pukul 10 malam Khamis lepas sebelum menahan lelaki berusia 26 tahun itu.

Hasil siasatan juga mendapati lelaki itu tidak mempunyai lesen memandu yang sah dan disiasat mengikut Seksyen 26(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

- Bernama

Lihat Komen
ADS