Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Bilik stor simpan fail lama IPD Sibu terbakar

Bilik stor penyimpanan fail lama Ibu Pejabat Polis Daerah Sibu di Jalan Tun Abang Openg, Sibu terbakar awal pagi hari ini.

Ketua Polis Daerah Sibu ACP Saiful Bahari Abdullah berkata, kejadian tersebut disedari kira-kira 7 pagi semasa pegawai dan anggota mula masuk kerja.

Kebakaran itu dipercayai berlaku akibat litar pintas.

Sementara itu, jurucakap Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Sarawak yang dihubungi memberitahu panggilan kebakaran dari IPD Sibu diterima bilik kawalan Balai Bomba dan Penyelamat Sungai Merah pada 7.20 pagi.

Bilik stor penyimpanan fail lama Ibu Pejabat Polis Daerah Sibu di Jalan Tun Abang Openg, terbakar awal pagi hari ini.

Ketua Polis Daerah Sibu ACP Saiful Bahari Abdullah berkata, kejadian tersebut disedari kira-kira 7 pagi semasa pegawai dan anggota mula masuk kerja.

Kebakaran bilik stor di ruangan pejabat jenayah komersil itu dipercayai akibat litar pintas, namun ia tidak menimbulkan sebarang kerosakan pada bahagian lain.

"Fail yang terbakar dalam kejadian itu hanya melibatkan kes yang sudah ditutup,” katanya.

Sementara itu, jurucakap Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Sarawak yang dihubungi memberitahu panggilan kebakaran dari IPD Sibu diterima bilik kawalan Balai Bomba dan Penyelamat Sungai Merah pada 7.20 pagi.

-Bernama

Lihat Komen
ADS