Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita
Muhyiddin: Saya dalam Majlis Ekonomi tapi tak ingat...

Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata beliau tidak ingat sama ada beliau hadir semasa perbincangan Majlis Ekonomi Negara berhubung pembelian hartanah di luar negara membabitkan Majlis Amanah Rakyat (MARA) dan Felda.

Bekas timbalan perdana menteri itu berkata beliau menjadi anggota dalam Majlis Ekonomi Negara selama beberapa ketika dan oleh itu tidak dapat mengingati secara khusus apa yang berlaku dalam mesyuaratnya.

"Saya berada di Majlis Ekonomi tetapi saya tidak ingat sama ada perkara-perkara seperti itu telah dibincangkan ketika saya berada di mesyuarat itu. Itu saya tak ingat lagi."

"Saya sebagai timbalan perdana menteri, apa-apa pun, memang duduk dalam majlis ekonomi, dan di situ ia buat keputusan secara bersama-samalah."

"Saya tak ingat. Saya lima tahun duduk sebagai TPM kan? Macam-macam perkara dibincang, jadi wallahualam saya tak ada ingat tentang kes-kes tertentu," katanya pada sidang akhbar di Johor Baru hari ini.

Muhyiddin ditanya sama ada beliau merupakan anggota Majlis Ekonomi Negara ketika membincangkan rancangan MARA membeli rumah Dudley House dan hartanah lain di Australia, atau rancangan FELDA membeli hotel di London.

[Baca berita penuh]

 

Lihat Komen
ADS