Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita
Dakwaan muflis: ADUN Pujut saman akhbar
Diterbitkan:  Aug 22, 2017 6:28 PM
Dikemaskini: 10:31 AM

ADUN Pujut Dr Ting Tiong Choon hari ini memfailkan saman ke atas menteri Sarawak Datuk Seri Wong Soon Koh dan akhbar The Borneo Post, atas dakwaan bahawa beliau pernah diisytiharkan muflis di Australia pada tahun 2012.

Ting, melalui saman fitnah itu, memohon perintah injunksi terhadap Wong dan The Borneo Post daripada mengulangi dakwaan yang memfitnah itu.

Beliau juga menuntut kedua-dua responden supaya membayar ganti rugi kerana menjejaskan reputasinya dengan faedah lima peratus setahun, mulai 16 Mei lalu.

Menurut peguam Ting, Alan Ling ketika dihubungi, saman fitnah itu difailkan di Mahkamah Tinggi Kuching pada jam .20 petang hari ini. Beliau juga diwakili oleh peguam Wong King Wei dan Chong Siew Chiang.

Dalam pernyataan tuntutannya, Ting berkataakhbar berkenaan telah menerbitkan artikel yang memetik Wong sebagai berkata, bahawa Ting berada dalam senarai kebankrapan Australia sebanyak dua kali pada 23 Jun dan 11 September 2013.

[Baca berita penuh]

Lihat Komen
ADS