Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita
Perubahan harga minyak: Saya tak ada kuasa, kata Najib

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak memberitahu bahawa beliau tidak mempunyai kuasa untuk mengawal perubahan harga minyak mingguan.

"Harga minyak (berubah), saya tak ada kuasa.

"(Harga minyak) naik, saya tak ada kuasa, turun saya tak ada kuasa," katanya ketika berucap di Perhimpunan Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK), JKKK Persekutuan (JKKKP) dan JKKK Orang Asli (JKKKOA) di ibu negara hari ini.

Selain itu, berucap di hadapan ribuan hadirin, Najib menggesa supaya anggota jawatankuasa berkenaan dapat menyampaikan mesej berkenaan kepada masyarakat terutama di kawasan luar bandar.

"Saya hairan, tak pernah berlaku, harga minyak tempatan naik pasal harga dunia naik, (tetapi) pemimpin negara kena kutuk.

"Bila harga minyak turun, senyap," kata Najib lagi.

Malah, kata perdana menteri, negara-negara Teluk yang menghasilkan lebih banyak minyak daripada Malaysia juga tidak dapat menentapkan harga minyak.

Beliau berkata mereka yang mempersalahkan dirinya kerana kenaikan harga bahan api cuma cuba memainkan sentimen politik.

Subsidi minyak yang dinikmati rakyat sebelum ini dihapuskan oleh pentadbiran Najib, dan harga minyak ditentukan menggunakan sistem mingguan yang berdasarkan harga global.

Sejak empat minggu lalu, harga petrol terus meningkat dengan RON95 dan RON97 masing-masing dijual pada harga RM2.15 dan RM2.43.

Harga minyak untuk minggu akan datang akan diumumkan petang esok.

[Baca berita penuh]
 

Lihat Komen
ADS