Menggali topik lebih lama untuk RCI: Senarai 10 teratas
Sejak kemerdekaan, Malaysia telah mengadakan 12 sesi siasatan suruhanjaya siasatan diraja (RCI) terhadap pelbagai isu, dan yang terkini ialah inkuiri mengenai kerugian tukaran mata wang asing (forex) Bank Negara pada akhir 1980-an dan awal 1990-an.
Perjalanan dan komposisi RCI adalah mengikut Akta Suruhanjaya Siasatan 1950, yang memberi kuasa kepada Yang di-Pertuan Agong dengan kuasa untuk melantik para pesuruhjaya untuk menyiasat perkara berikut:
(a) Kelakuan mana-mana pegawai persekutuan;
(b) Penjalanan atau pengurusan mana-mana jabatanperkhidmatan awam Malaysia;
(c) Penjalanan atau pengurusan mana-mana institusi awam yang tidak semata-mata disenggarakan dengan kumpulanwang Negeri; atau
(d) Apa-apa perkara lain yang siasatannya, pada pendapat Yang di-Pertuan Agong, berfaedah bagi kebajikan awam, iaitu bukan (i) suatu perkara yang melibatkan apa-apa soal yang berhubungan dengan agama Islam atau adat Melayu;atau (ii) berhubung dengan Sabah atau Sarawak.
Subjek 11 RCI yang lalu ialah seperti berikut: Gaji dan syarat perkhidmatan awam (1965), pihak berkuasa tempatan (1968), perkhidmatan pengajaran (1971), Runtuhan terminal feri Pulau Pinang (1988), kebakaran di Sekolah Agama Rakyat Taufikah al-Halimah (1999), kebakaran Kilang Bright Sparklers (2004), insiden pita Lingam (2007, kematian Teoh Beng Hock (2010) dan ledakan penduduk Sabah (2012).
Daripada senarai ini, jelas bahawa, biasanya, sesuatu RCI ditubuhkan untuk menyiasat hal ehwal semasa, dengan pengecualiannya adalah siasatan terhadap ledakan penduduk Sabah, yang dikatakan bermula pada akhir 1990-an.
Memandangkan Putrajaya telah membentuk RCI untuk menyiasat skandal forex Bank Negara, PAS juga telah menggesa Putrajaya untuk membuat inkuiri mengenai kejadian Memali, yang berlaku pada 1985.
Insiden ini menyaksikan 14 orang awam dan empat anggota polis terbunuh, berikutan percubaan untuk menahan Ibrahim Mahmud, yang lebih dikenali sebagai Ibrahim Libya, di sebuah kampung di Baling, Kedah. [Baca KiniGuide]
Memandangkan kecendurungan untuk menggali isu-isu lama untuk penelitian awam melalui RCI, Malaysiakini telah menyusun senarai isu-isu lama lain yang mungkin untuk penubuhan RCI.
Senarai ini tidaklah lengkap dan tidak disusun mengikut aturan tertentu.
- Krisis kehakiman 1988
- Pergaduhan di Kampung Medan
- Langkah selamatkan Perwaja Steel
- Pembunuhan Altantuya
- Tangkapan Operasi lalang
- Zon Bebas Pelabuhan Klang
- Skandal Maika Holding
- Kematian dalam tahanan
- 1Malaysia Development Bhd
Krisis kehakiman 1988
Pada tahun 1988, Dr Mahathir, ketika itu menjadi perdana menteri, ketua hakim negara, Tun Salleh Abas dan lima hakim kanan yang lain dihadapkan ke sebuah tribunal dan telah memecat mereka.
Berikutan itu, Perlembagaan Persekutuan telah dipinda untuk menghadkan kuasa mahkamah dan Mahkamah Agung digantikan dengan Mahkamah Persekutuan.
Akhirnya, pada 2008, Putrajaya memutuskan untuk membuat pembayaran ex-gratia kepada enam hakim berkenaan, tetapi ia tidak mengakui bahawa pemecatan mereka adalah salah.

