Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
story images
story images
story images
mk-logo
Berita
Musa Hitam OK dengan RCI, kalau niat betul
Diterbitkan:  Aug 23, 2017 2:11 PM
Dikemaskini: 6:53 AM

Watak utama dalam peristiwa Memali 1985 Tan Sri Musa Hitam hari ini berkata beliau tiada masalah dengan cadangan penubuhan suruhanjaya siasatan diraja (RCI).

Bagaimanapun, tegasnya, langkah itu harus dilakukan dengan niat betul untuk mencari kebenaran dan tidak dipergunakan untuk agenda politik menjelang pilihan raya umum.

“Demi mengelak peristiwa Memali disalahgunakan untuk kepentingan politik dan memancing undi, adalah lebih bijak dan menetapi tujuan, penubuhan dan prosiding suruhanjaya ini ditangghukan sehingga selepas berlangsungnya pilihan raya umum ke-14,” katanya.

Musa ketika kejadian menjadi timbalan perdana menteri dan menteri dalam negeri serta sering dipersalahkan atas tragedi yang mengorbankan 14 penduduk kampung dan empat anggota polis itu.

Lihat Komen
ADS