Paling Popular
Terkini
story images
story images
mk-logo
Berita
Dr M: Tak perlu RCI 1MDB, apa salahnya sayang isteri
Diterbitkan:  Aug 23, 2017 5:00 PM
Dikemaskini: 9:14 AM

Berdepan suruhanjaya siasatan diraja (RCI) kerugian Bank Negara dan kemungkinan RCI Memali, Tun Dr Mahathir Mohamad membalas dengan 'serangan sinis' terhadap kerajaan dan perdana menteri.

Mahathir 'meminta' kerajaan tidak menubuhkan RCI bagi menyiasat isu 1MDB dan derma RM2.6 bilion ke dalam akaun Datuk Seri Najib Razak.

Kata Mahathir lagi, begitu juga dengan isu hutang kerajaan, urus niaga merugikan stesen jana kuasa, penajaan filem The Wolf of Wall Street dan pembelian harta tanah luar negara yang didakwa menggunakan wang 1MDB.

“Ini semua bukan jenayah,” kata bekas perdana menteri keempat itu.

Selain itu, ditujukan langsung kepada Datuk Seri Najib Razak, Mahathir juga bertanya apa salahnya sayang isteri.

“Pembelian berlian merah jambu untuk isteri dengan harga 120 juta ringgit hanyalah kerana sayang isteri. Salahkah sayang isteri.

“Demikianlah sayangnya isteri sehingga sanggup curi untuk menunjuk kesayangan yang tidak terhingga ini.

“Ya, RCI tidak perlu untuk semua ini.

"Bukanlah AG telah sahkan ia semua halal,” katanya merujuk kepada saman terbaru Jabatan Keadilan (DOJ) Amerika Syarikat berkaitan aset dikaitkan dengan 1MDB.

Dalam saman sivil pelucuthakan pada 16 Jun, DOJ berkata sekurang-kurangnya AS$27.3 juta digunakan untuk membeli loket dan rantai berlian 22 karat berwarna merah jambu untuk isteri Malaysian Official 1.

Lihat Komen
ADS