Paling Popular
Terkini
story images
story images
story images
mk-logo
Berita
Perjanjian balak ‘berat sebelah’ - ADUN Likas buat laporan SPRM
Diterbitkan:  Aug 24, 2017 6:19 PM
Dikemaskini: 10:22 AM

ADUN Likas, Junz Wong hari ini membuat laporan dengan SPRM berhubung kontrak konsesi pembalakan yang didakwanya ‘berat sebelah’ dianugerahkan kepada sebuah syarikat oleh Yayasan Sabah.

Syarikat swasta itu dianugerahkan kontrak konsesi "pembalakan helikopter" selama tiga tahun pada tahun 2013 di kawasan curam dalam rizab hutan Gunung Rara/Kalabakan, yang terletak di bawah bidang kuasa Yayasan Sabah, dakwanya.

Syarikat yang sama juga diberi hak eksklusif untuk membeli kayu yang ditebang dari kawasan berkenaan, kata Wong, yang adalah Naib Presiden Parti Warisan Sabah.

"Masalahnya mereka (syarikat swasta itu) hanya perlu membayar RM65 bagi setiap meter padu (seperti yang dinyatakan dalam surat itu) kepada Yayasan Sabah.

"(Tapi) harga (balak) yang kami ketahui pada tahun 2013... yang paling murah di Sabah dan Sarawak berharga AS$285, dengan harga premium bala bernilai AS$535 (bagi setiap meter padu).

"Adalah jelas (dalam surat itu) mereka hanya membayar RM65 bagi setiap meter padu. Ia tidak menyatakan jenis balak berkenaan.

"Ini perjanjian yang tidak adil," katanya kepada pemberita selepas membuat laporan di Putrajaya hari ini.

[Baca berita penuh]

Lihat Komen
ADS