Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Baju Mahathir, Muhyiddin kena lelong
Diterbitkan:  Aug 28, 2017 9:46 AM
Dikemaskini: 1:49 AM

Pemuda Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) berjaya mengumpulkan RM16,400 hasil lelongan barangan pemimpin-pemimpin kanannya di Gombak malam tadi.

Paling menarik jaket Nehru milik Mahathir yang sering dipakainya dalam acara rasmi dijual dalam bidaaan pertama dengan harga RM5,000.

Tali lehernya berjenama Gucci pula dijual dengan harga RM2,300.

Sementara itu, baju batik Tan Sri Muhyiddin Yassin yang dipakai ketika menjadi timbalan perdana menteri dijual dengan harga RM1,600 dan beg Hugo Boss pula dibida dengan harga RM2,000.

Tidak ketinggalan, bekas menteri besar Kedah Datuk Seri Mukhriz Mahathir pula melelong pen berjenama Mont Blanc yang digunakan untuk menandatangani dokumen pelantikannya dalam kerajaan negeri.

Ia dijual dengan harga RM3,000 selepas bidaan terbuka.

Pakaian songketnya pula dilelong dengan harga RM2,500.

Termasuk lelongan itu, Pemuda BERSATU (ARMADA) juga berjaya mengumpulkan RM122,000 untuk lelongan dan majlis makan malam anjurannya malam tadi.

Sebanyak 53 meja dijual dalam acara bagi mengumpul dana pilihan raya itu.

[Baca berita asal]

Lihat Komen
ADS