Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Polis Bintulu perketat kawalan keselamatan 31 Ogos

Polis Bintulu akan menjalankan operasi keselamatan bagi menjamin kelancaran sambutan Hari Kebangsaan 2017 peringkat negeri di Bintulu pada Khamis ini.

Ketua Polis Bintulu Supt Zailanni Amit berkata operasi itu membabitkan kegiatan lumba motosikal haram, penagih serta pengedar dadah, penyeluk saku dan kesalahan trafik.

“Turut dijalankan ialah operasi kegiatan yang boleh menimbulkan kekacauan seperti menaikkan poster mempunyai unsur fitnah atau hasutan dan pembakaran mercun tidak dibenarkan juga,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Zailanni berkata seramai 537 anggota polis akan ditugaskan pada hari tersebut bagi memastikan sambutan berjalan dengan lancar.

Sebelum ini Menteri Kemudahan Awam Sarawak Datuk Dr Stephen Rundi yang juga pengerusi jawatan kuasa penganjuran acara tersebut dilaporkan berkata seramai 80 kontinjen melibatkan lebih 3,000 peserta akan mengambil bahagian dalam perarakan di padang Dewan Suarah Bintulu (Bintulu Civic Centre).

-Bernama

Lihat Komen
ADS