Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Sykt China tandatangani MoU pelbagai bidang di S'wak

Chongqing International Investment Consultation Group Co. Ltd dari China dan Solid Sunland Sdn Bhd telah menandatangani memorandum persefahaman (MoU) bagi menjalankan kajian kebolehlaksanaan dalam pelbagai bidang termasuk infrastruktur, pertanian dan pelancongan di Sarawak.

Ketua Menteri Sarawak Datuk Amar Abang Johari Tun Openg dan Ketua Konsulat China di Kuching, Fu Jijun menyaksikan upacara menandatangani MoU tersebut.

Wakil bertauliah bagi perniagaan luar negara Chongqing International Investment Consultation Group Co. Ltd, Wee Seng Hwat berkata MoU itu akan membolehkan syarikat berkenaan bekerjasama dengan kerajaan negeri dalam meneroka projek-projek infrastruktur yang akan dilaksanakan di Sarawak, khususnya sebagai perkongsian awam-swasta.

"Ini termasuk satu kajian bagi sebuah pelabuhan di Miri, serta pelaburan dalam pelancongan, pertanian dan lain-lain bidang pembangunan di Sarawak," katanya kepada pemberita selepas majlis menandatangani MoU itu.

-Bernama

Lihat Komen
ADS