Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita
Tengkujuh: Nelayan T'ganu disaran minta bantuan Perikanan

Jabatan Perikanan Terengganu meminta nelayan sungai di negeri itu memaklumkan kepadanya jika memerlukan bantuan pada musim tengkujuh yang bakal tiba hujung tahun ini.

Pengarahnya Zawawi Ali berkata antara isu yang biasa dihadapi oleh nelayan sangkar pada musim itu ialah sangkar ikan rosak atau dihanyutkan arus deras.

“… ada permintaan daripada mereka ini agar disediakan bot bagi memudahkan mereka mengalih sangkar yang kebiasaannya hanyut akibat arus air sungai yang laju ketika itu,” katanya kepada pemberita selepas melepaskan anak udang galah di Dataran Pengkalan Penambang, di Kuala Terengganu hari ini.

Pada majlis itu sebanyak 58,000 ekor benih anak udang galah dilepaskan menjadikan jumlah keseluruhan benih udang yang dilepaskan di Sungai Terengganu sejak 2011 hingga sekarang sebanyak 1.8 juta ekor.

-Bernama

Lihat Komen
ADS