Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita
Presiden MCA lakon dua watak dalam video Merdeka
Diterbitkan:  Aug 28, 2017 10:32 PM
Dikemaskini: 3:59 PM

Presiden MCA Datuk Seri Liow Tiong Lai membuat penampilan istimewa dalam sebuah filem pendek bertemakan Merdeka arahan pembikin filem independen Pete Teo.

Dalam filem tersebut, Liow membawakan dua watak. Watak pertama berupa dirinya seorang menteri dan ahli politik yang bijak.

Manakala satu lagi watak yang dibawanya berupa seorang lelaki yang marah-marah, kecewa dengan rambut kusut masai.

Dalam video berjudul 'citizen' itu, Liow sebagai ahli politik cuba merapati Liow sebagai seorang 'pak cik'.

Presiden MCA itu menyampaikan dialog: "Kamu fikir saya tidak relevan, tak ada perkara yang saya buat benar-benar bagus. Tentulah, saya tersinggung dengannya.

"Tapi sekarang bukan masanya untuk berbincang perkara itu, saya di sini hanya untuk meminta kamu agar jangan berputus asa dengan negara ini."

Bagaimanapun, watak 'pak cik" Liow tidak menyambut baik kata-kata tersebut, menempelak 'ahli politik' Liow, menyatakan rasa kesalnya kerana tidak merasa sebahagian dari negara ini serta isu-isu korupsi.

Babak tersebut merupakan cerminan hubungan MCA dengan masyarakat namun mesejnya jelas bahawa negara ini amat penting.

Ahli politik Liow terus bercakap tentang impian Malaysia yang semakin pudar tetapi mendesak ketabahan dan terus yakin dengan negara ini.

Kemudian 'pak cik' Liow walaupun kelihatan kecewa dan marah, akhirnya lembut hati dan menggantung bendera Malaysia.

Video berdurasi enam minit itu boleh ditonton di sini.

Lihat Komen
ADS