Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita
ADUN Kepayan, Edwin Bosi keluar DAP
Diterbitkan:  Aug 30, 2017 1:01 PM
Dikemaskini: 5:02 AM

ADUN Kepayan bertindak meninggalkan DAP dengan memetik perbezaan dengan Pengerusi DAP Sabah, Stephen Wong sebagai sebab utama keputusannya.

Susulan, keputusannya itu, Bosi juga menerusui satu kenyataan media berkata, beliau akan melepaskan jawatannya sebagai timbalan pengerusi DAP Sabah dan ketua whip negeri mulai esok.

“Saya membuat keputusan ini dengan berat hati tetapi demi mengekalkan keharmonian DAP Sabah, saya bersedia meninggalkan parti,” katanya.

Bosi sebelum ini digantung jawatannya selama tiga bulan oleh jawatankuasa disiplin nasional DAP. Tempoh penggantungannya berakhir akhir bulan ini.

Beliau memenangi kerusi Kepayan pada tahun 2013 dengan memperolehi 13,020 undi, mengalahkan calon BN dengan 7,000 majoriti undi.

Bosi adalah wakil rakyat ketiga yang meninggalkan DAP selepas pilihan raya 2013; bekas pengerusi negeri Hiew King Cheu (Luyang) kini menyertai MCA, manakala Junz Wong (Likas) bersama Parti Warisan Sabah.

Wakil tunggal DAP di dewan undangan negeri ialah Chan Foong Hin (Sri Tanjung).

Lihat Komen
ADS