Paling Popular
Terkini
story images
story images
mk-logo
Berita
'Lepas GST, cukai pendapatan pula diburu'
Diterbitkan:  Aug 30, 2017 2:57 PM
Dikemaskini: 9:08 AM

PKR mempersoalkan langkah kerajaan memburu lebih ramai pihak bagi mengutip cukai pendapatan.

Naib presidennya, Rafizi Ramli berkata dalam tahun ini, kerajaan dianggar akan mengutip RM112.3 juta, peningkatan hampir sekali ganda berbanding ketika Datuk Seri Najib Razak mula-mula menjadi perdana menteri.

Tujuh tahun lalu, pada 2010, kutipan cukai hanya 60.3 bilion.

Sementara itu, Rafizi juga mengingatkan bahawa ketika cukai barangan dan perkhidmatan (GST) hendak diperkenalkan, kerajaan menjadikan pendapatan hasil petroleum yang rendah sebagai alasan.

“Malangnya, setelah GST dilaksanakan dan kini menjadi beban besar kepada rakyat Malaysia, pentadbiran Datuk Seri Najib mengejar pula rakyat biasa untuk mengutip cukai pendapatan,” katanya.

Ketua Pegawai Eksekutif Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) Datuk Sabin Samitah semalam berkata mereka akan melancarkan operasi audit berhubung isu percukaian ke atas golongan profesional melibatkan arkitek, peguam dan jurutera dalam masa terdekat.

Katanya, berdasarkan analisis risiko, maklumat pelbagai pihak termasuk pihak ketiga dan analisis Bank Negara, terdapat golongan itu yang tidak mengisytiharkan pendapatan.

Sabin berkata sasaran kutipan cukai sebanyak RM127.7 bilion tahun ini boleh dicapai namun terdapat beberapa 'kekangan' antaranya pengumuman pengurangan kadar cukai sebanyak satu peratus.

Lihat Komen
ADS