Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita
Mahathir nampak 'biasa' dimaklumkan Bank Negara rugi RM30b

RCI Forex | Tun Dr Mahathir Mohamad didakwa kelihatan seperti biasa apabila dimaklumkan mengenai kerugian dialami Bank Negara akibat aktivti perdagangan mata wang asing (forex).

Memberi keterangan di depan panel suruhanjaya siasatan diraja (RCI) hari ini bekas timbalan ketua setiausaha Kementerian Kewangan Tan Sri Clifford Francis Herbert memberitahu, beliau mengetahui kerugian berkenaan pada akhir 1993.

Katanya beliau diarahkan menteri kewangan ketika itu Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk memeriksa kerugian yang dialami bank pusat berkenaan.

Berpandukan dokumen Bank Negara, Herbert membuat kiraan sendiri dan melaporkan dapatan itu kepada Anwar melalui satu nota memaklumkan kerugian yang ditanggung bernilai kira-kira RM30 bilion.

Bagaimanapun Herbert tidak dapat mengingati kerugian yang ditanggung itu untuk tempoh dari tahun berapa hingga ke tahun berapa.

Herbert dan Anwar kemudian bertemu Dr Mahathir di pejabat perdana menteri itu pada akhir 1993 untuk memberikan taklimat berhubung kerugian berkenaan.

"Selepas diberi penerangan Dr Mahathir menjawab: kadang-kadang kita untung, kadang-kadang kita rugi," kata Herbert.

Ditanya salah seorang pegawai petugas RCI itu mengenai reaksi Dr Mahathir, Herbert menjawab, beliau menjangkakan perdana menteri terbabit akan berang.

"(Tetapi) beliau kelihatan agak normal," katanya.

Herbert memberi keterangan kepada RCI yang ditubuhkan kerajaan bagi menyiasat kerugian dialamai Bank Negara ekoran aktiviti dagangan forex antaa 1980-an dan awal 1990-an.

Dr Mahathir adalah perdana menteri Malaysia sepanjang tempoh berkenaan.

[Baca berita penuh]

Lihat Komen
ADS