Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita
Chow: Projek tambak laut lain tak jejaskan nelayan?

Adakah sepuluh sepuluh projek penambakan laut di negeri-negeri yang diterajui oleh BN yang mempunyai penilaian impak sosial dan persekitaran tidak menjejaskan nelayan, soal seorang anggota exco Pulau Pinang hari ini.

Chow Kon Yeow, yang bertanggungjawab terhadap portfolio kerajaan tempatan, pengurusan lalu lintas dan tebatan banjir merujuk kepada projek-projek di Kedah, Melaka, Perak, Pahang dan Johor.

"Penilaian mana-mana projek penambakan harus tidak memihak, dengan mengambil kira semua aspek, termasuk manfaat ekonomi dan sosial, dan kebolehlaksanaan jangka panjang.

"Kami menggesa kerajaan persekutuan untuk bersikap adil dan menggunakan penanda aras yang sama dalam menilai semua projek penambakan di negara ini," katanya.

Chow mengulas kenyataan oleh wakil rakyat BN, termasuk Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak, bahawa Putrajaya tidak akan menyokong projek penambakan Pulau Pinang Selatan seluas 4,500 ekar itu jika "menuang pasir ke dalam periuk nasi" kira-kira 1,500 orang nelayan di Balik Pulau.

Projek penambakan itu adalah sebahagian daripada Pelan Induk Pengangkutan Pulau Pinang bernilai RM27 bilion, yang dijangka siap menjelang 2030.

Chow mengulangi kenyataan Ketua Menteri Lim Guan Eng baru-baru ini bahawa penilaian projek itu harus berdasarkan penilaian teknikal dan bukan dipengaruhi oleh politik.

Chow merujuk projek Aman Laut di Kuala Kedah, dan projek Melaka Getaway yang diberikan perintah henti kerja kerana tidak mendapat kelulusan dari Jabatan Alam Sekitar (JAS), dan tidak mempunyai Penilaian Kesan Alam Sekitar (EIA).

Soalnya, mengapa denda tidak dikenakan ke atas kedua-dua projek, seperti yang ditetapkan dalam Akta JAS.

[Baca berita penuh]

Lihat Komen
ADS