Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita
Bunuh polis: Lelaki ditahan
Diterbitkan:  Sep 1, 2017 10:15 AM
Dikemaskini: 7:08 AM

Seorang lelaki berusia 34 tahun ditahan awal pagi ini bagi membantu siasatan kes pembunuhan Lans Koperal Valentino Mesa, 29, yang ditetak dan ditembak ketika

Seorang lelaki berusia 34 tahun ditahan awal pagi ini bagi membantu siasatan kes pembunuhan Lans Koperal Valentino Mesa, 29, yang ditetak dan ditembak ketika bertugas di Balai Polis Pinggiran USJ, Shah Alam, semalam.

Ketua Polis Selangor Datuk Mazlan Mansor yang mengesahkan perkara itu berkata sebelum itu suspek yang berasal dari Sibu, Sarawak dipanggil beri keterangan pada sebelah malam.

"Suspek akan dipohon untuk reman pagi ini. Ia adalah proses siasatan mengikut peruntukan sedia ada," katanya dalam kenyataan hari ini.

Dalam pada itu, beliau tidak mahu orang ramai membuat sebarang spekulasi berhubung penahanan ini kerana ia akan menjejaskan siasatan sepertimana tular sebelum ini.

Valentino yang bertugas sendirian, ditemukan mati dengan kesan tetakan pada kepala serta tembakan jarak dekat di Balai Polis Pinggiran USJ, pada 3.25 pagi semalam.

Kejadian disedari anggota Unit Kereta Peronda (MPV) yang kembali ke balai terbabit selepas selesai rondaan.

Sementara itu, Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Selangor SAC Fadzil Ahmad berkata suspek direman tujuh hari bermula hari ini.

- Bernama

Lihat Komen
ADS