Paling Popular
Terkini
story images
story images
mk-logo
Berita
'Rohingya berhak bersuara, tapi mesti ikut undang-undang'

Masyarakat Rohingya di Malaysia perlu diberikan ruang untuk bersuara tetapi mereka perlu mengikut undang-undang negara ini, begitu kata Menteri Di Jabatan Perdana Menteri senator Datuk Paul Low Seng Kuan.

"Malaysia umumnya mendukung kebebasan bersuara kumpulan-kumpulan minoriti.

" (Tetapi) kami juga berharap dengan membenarkan masyarakat Rohingya bersuara ia tidak disalahfahami sebagai Malaysia terlibat dalam proses Rohingya mengkritik kerajaan (Myanmar), jelas beliau.

Low berkata demikian selepas berucap di sebuah sidang tentang demokrasi di Asia Tenggara di Sheraton Imperial Hotel di Kuala Lumpur hari ini.

Low membuat komen tersebut dalam suatu sidang akhbar sebagai menjawab soalan berkenaan perhimpunan masyarakat Rohingya pada Rabu lalu, yang menyaksikan seramai 44 orang Rohingya ditahan atas dakwaan mengadakan perhimpunan haram.

Hampir 40,000 orang Rohingya beragama Islam telah melarikan diri ke negara jiran Bangladesh sejak keganasan paling baru meletus di negeri Arakan, Myanmar menurut jangkaan Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB), lapor agensi berita BBC.

[Baca berita penuh]

Lihat Komen
ADS