Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini

Bekas pengerusi Bersih Datuk Ambiga Sreenevasan membangkitkan perhatian terhadap kerahsiaan undi di Malaysia dengan menceritakan pengalaman peribadi beliau.

"Ketika saya datang ke sini pagi ini dengan kereta Uber, seorang pemuda yang memandu bertanyakan tentang pilihan raya, dia mengaku sebagai kaki tangan kerajaan dan berkata dia mesti mengundi parti pemerintah."

"Katanya kepada saya, beliau tiada pilihan kerana undi saya tidak rahsia."

"Jadi kerahsiaan undi sangat penting bagi menyediakan keselamatan bagi orang ramai untuk mengundi secara bebas," kata beliau.

Beliau bertanyakan soalan sebagai khalayak hadirin semasa sesi soal jawab pada panel perbincangan berjudul ‘Securing Elections: Creating a Safe Environment’ dalam suatu sidang mengenai demokrasi di Asia Tenggara di ibu negara hari ini.

Kelihatannya Malaysia tidak memiliki kerahsiaan undi, kata beliau, yang menjadikan kekhuatiran di kalangan kaki tangan awam.

"Saya selalu menyangka bahawa undi itu rahsia.
"Jadi saya fikir kita perlu mencari mekanisme yang dapat memastikan kerahsiaan undi, kata beliau.

Bagaimanapun, para panelis yang berucap tidak menjawab soalan beliau semasa mengulas pertanyaan hadirin.

Pada 25 Ogos 2017 lalu, bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad turut menyatakan keprihatinan beliau tentang kerahsiaan undi.

Beliau berkata kerajaan tidak akan tahu siapa yang dipilih para pengundi, walaupun mereka mendakwa mempunyai maklumat tentang itu.

"Itu semua tipu. Kalau tak percaya cuba tanya Tan Sri Abdul Rashid Abdul Rahman yang pernah mengetuai Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).

"Kerajaan tidak akan tahu parti mana yang anda undi, jadi jika mereka kata mereka tahu ia suatu penipuan kerana tidak ada cara untuk mereka tahu," kata beliau.

Dr Mahathir kini pengerusi HARAPAN berkata demikian selepas menasihati para pengundi untuk menerima duit atau pemberian daripada Umno BN tetapi tetap mengundi HARAPAN dalam pilihan raya.

[Baca berita penuh]

Lihat Komen
ADS