Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita
Hisap rokok di tempat larangan, lelaki melecur

Gara-gara menghisap rokok di setor bahan mudah terbakar, seorang pekerja Indonesia melecur dalam kebakaran pada kira-kira pukul 10 pagi hari ini di sebuah tapak pembinaan di Jalan Lubok Graji, Ulu Pakan, 55km dari Bintangor, Sarawak.

Selain menyebabkan badan lelaki berusia 21 tahun itu melecur 50 peratus, kebakaran itu turut menyebabkan sebuah bengkel lori rosak 40 peratus dan tiga unit rumah pekerja musnah 100 peratus.

Menurut ketua balai Bomba dan Penyelamat Bintangor, Nicholas Belulin, mangsa telah dikejarkan ke klinik kesihatan Nanga Wak oleh rakan-rakan sekerja untuk mendapatkan rawatan.

“Maklumat awal melalui saksi di lokasi memaklumkan ada aktiviti pekerja merokok di kawasan setor penyimpanan minyak. Tong penyimpanan cecair pelarut (thinner) bocor tanpa disedari dan api dari puntung rokok telah menyambar cecair itu lalu menyebabkan kebakaran," katanya ketika dihubungi.

Pihaknya menerima laporan mengenai kebakaran tersebut pada 10.09 pagi dan pasukan dari Balai Bomba dan Penyelamat Bintangor digerakkan dan tiba di lokasi 11.32 pagi.

Operasi memadam kebakaran tamat pada 1 petang.

 

-Bernama

 

Lihat Komen
ADS