Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Lim: Salleh jujur mengaku BN boleh kalah
Diterbitkan:  Sep 5, 2017 11:24 AM
Dikemaskini: 3:35 AM

Ketua anggota parlimen DAP Lim Kit Siang berterima kasih kepada Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Seri Salleh Said Keruak kerana mengaku BN boleh hilang kerajaan dalam pilihan raya umum akan datang.

“Saya berterima kasih kepada Salleh atas kejujurannya mengaku rakyat Malaysia kini sedang berada di puncak perubahan besar dengan kemungkinan kekalahan Umno/BN dan pembentukan kerajaan Pakatan Harapan menjelang pilihan raya umum ke-14,” katanya.

Lim berkata, perkara itu antaranya disebabkan Umno hilang sokongan majoriti pengundi Melayu.

Anggota parlimen Gelang Patah mendakwa, Umno juga tidak lagi menikmati sokongan 1.6 juta penjawat awam dan ramai anggotanya sendiri mungkin mengundi menentang kepimpinan Datuk Seri Najib Razak dan partinya sendiri kali ini.

Salleh semalam berkata DAP boleh menguasai negara dalam pilihan raya depan jika undi Melayu “tidak bersatu” dan tidak lagi bersama BN.

Beliau juga mengingatkan Malaysia mempunyai banyak kerusi campuran dan bersetuju dengan pandangan DAP bahawa peralihan undi Melayu 10 hingga15 peratus sudah cukup untuk menumbangkan BN.

[Baca berita asal]

Lihat Komen
ADS