Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
story images
story images
story images
story images
mk-logo
Berita
Jamal keluarkan tukul besar pecahkan meja sidang media
Diterbitkan:  Sep 5, 2017 1:59 PM
Dikemaskini: 7:14 AM

Datuk Seri Jamal Yunos, pemimpin bahagian Umno yang terkenal dengan pelbagai gimiknya, hari ini memecahkan meja dalam satu sidang media antijudi di Ampang.

Selepas sidang media kira-kira 15 minit, beliau bangun mengambil tukul besar dan menghentak meja itu beberapa kali sehingga pecah dan patah.

Beliau dilaporkan bertindak demikian selepas memberi amaran supaya kerajaan Selangor mengarahkan pihak berkuasa tempatan (PBT) membatalkan lesen pusat judi atau berdepan tindakan “di luar batas undang-undang”.

Sebelum memecahkan meja, Jamal sempat memberitahu media bahawa tindakannya itu sebagai simbolik ke atas kedai-kedai judi yang ada di Selangor.

Selepas beberapa kali menghayunkan tukul dan menyebabkan meja berkenaan terbelah, Jamal kemudian berkata:

"Inilah yang kami akan lakukan jika undang-undang yang ada di Selangor ini, kita lihat undang-undang itu pekak, tuli dan bisu," kata Jamal.

Malah, beliau turut memberitahu akan mengadakan satu mesyuarat tergempar antara NGO yang ada di Selangor berkaitan pusat judi.

"Kita bukan nak bermusuh dengan tauke judi tapi nak pastikan, pegawai-pegawai atau orang yang memegang amanah, bertanggungjawab di Selangor ini, jalankan tanggungjawabnya.

"Bukan setakat ambil habuan tiap-tiap bulan dan musnahkan generasi bangsa rakyat negeri Selangor," ujar Jamal lagi sambil menghempaskan tukul yang dipegangnya ke arah meja yang telah pecah.

Dalam sidang medianya pula, Jamal berkata, beliau mempersoalkan bilangan pusat judi di Selangor yang bertambah.

Justeru, ketika ditanya sama ada beliau ingin mengadakan himpunan lagi, Jamal berkata beliau tidak mahu membuat demonstrasi di depan pagar pejabat kerajaan negeri sebaliknya mahu lakukannya di dalam pejabat Menteri Besar Selangor.

"Kenapa anak-anak Melayu dijadikan kambing hitam oleh menteri besar Selangor ini dan menjadikan pusat judi sebagai hasil untuk majlis daerah atau perbandaran?

"Saya tak nak buat demonstrasi lagi. Kalau boleh nak buat dalam SUK, bukan di luar. Tak nak berdemonstrasi sampai pagar tetapi dalam pejabat menteri besar.

"Kita nak susun mesin judi dalam (pejabat menteri besar) itu dan mungkin kalau main (judi) dalam tu boleh menang besar," ujar Jamal.

Lihat Komen
ADS