Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita

Pengerusi Majlis Amanah Rakyat (MARA) yang baru dilantik, Datuk Dr Awang Adek Hussin mahu memberi fokus dalam memulihkan nilai-nilai integriti dalam pentadbirannya.

Tegas Awang Adek, badan berkanun kerajaan itu perlu mempertingkatkan nilai integriti dapat ditingkatkan sekali gus mengelakkan tanggapan buruk masyarakat.

"Hasil mesyuarat pertama saya tadi, saya menekankan dan fokus akan diberikan kepada gerak kerja dan tadbir urus MARA supaya dapat mengelakkan timbulnya persepsi buruk terhadap MARA pada masa hadapan," tegas Awang Adek dalam sidang media di Pejabat MARA, Kuala Lumpur, hari ini.

Beliau berkata demikian kepada media selepas mengadakan mesyuarat pertama beliau dengan kepimpinan tertinggi MARA.

Awang Adek yang melapor diri hari pertama hari ini berkata, persepsi buruk hanya mengurangkan keyakinan rakyat kepada MARA.

Tambahnya lagi, soal integriti penting baginya yang banyak terlibat dalam pengurusan kewangan negara.

"Soal integriti ini penting bagi saya.

“Saya sebagai pegawai kanan kewangan negara, bekas timbalan menteri kewangan yang terlibat dengan banyak dengan hal ehwal kewangan.

“Sudah tentu akan memastikan tadbir urus kewangan MARA dikendalikan dengan baik supaya tidak boleh menimbulkan persepsi," kata Awang Adek.

MARA sedang terpalit dakwaan salah guna dana untuk tajaan bola sepak serta pembelian aset melebihi harga pasaran.

Lihat Komen
ADS