Paling Popular
Terkini
story images
story images
mk-logo
Berita
'Rundingan kerusi HARAPAN banyak dah selesai'
Diterbitkan:  Sep 5, 2017 3:43 PM
Dikemaskini: 9:30 AM

Rundingan sebahagian besar agihan kerusi parlimen Pakatan Harapan sudah selesai, kata setiausaha agungnya, Datuk Saifuddin Abdullah.

"Kita sedang membincangkan kerusi negeri, yang adalah peringkat kedua, rundingan. Jadi, kita sekarang berada di peringkat kedua," katanya kepada pemberita ketika ditanya mengenai kemajuan rundingan mereka.

Beliau mendedahkan bahawa Parti Warisan Sabah - yang bukan parti komponen HARAPAN - adalah juga pihak yang berunding dalam agihan kerusi di Sabah. Walau bagaimanapun, beliau enggan   mendedahkan bilangan kerusi yang berjaya diagihkan itu.

Saifuddin bercakap pada sidang akhbar di Kuala Lumpur selepas mesyuarat mingguan hari ini dengan setiausaha parti-parti komponen HARAPAN.

Beliau juga mengumumkan bahawa gabungan itu akan mula membentuk jawatankuasa perhubungan di peringkat parlimen, dan 100 jawatankuasa berkenaan akan ditubuhkan menjelang akhir bulan ini.

HARAPAN telah membentuk jawatankuasa serupa di peringkat negeri minggu lalu.

[Baca berita penuh]

Lihat Komen
ADS