Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Dengan pengalaman risikan, IGP mampu tangani keganasan

Pelantikan Datuk Seri Mohamad Fuzi Harun sebagai Ketua Polis Negara yang baharu mampu memberi impak besar dalam usaha menangani isu keganasan, militan dan jenayah rentas sempadan, khasnya di Sabah.

Setiausaha Majlis Permuafakatan Suluk Sabah (MPSS), Mohd Zaki Harry Susanto berkata keyakinan beliau itu adalah berasaskan kepada pengalaman luas Mohamad Fuzi dalam kerja-kerja risikan serta operasi selain turut berpengalaman bertugas sebagai Ketua Cawangan Khas IPK Sabah selama beberapa tahun sebelum ini.

Katanya latar belakang perkhidmatan Mohamad Fuzi yang berpengetahuan luas mengenai Sabah membawa kelebihan kepada Sabah kerana pastinya beliau akan turut memberikan keutamaan kepada Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (ESSCOM).

"Kita yakin beliau akan mencari kaedah dan pendekatan yang lebih berkesan selepas disesuaikan dengan segala bentuk maklumat yang diperoleh. Kita juga percaya beliau akan memperkasakan pertukaran maklumat di antara agensi risikan negara kita dengan negara jiran yang sekali gus memberikan manfaat kepada banyak pihak," katanya dalam kenyataan di Kota Kinabalu hari ini.

- Bernama

Lihat Komen
ADS