Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita
Zeti, Nor Yakcop beri keterangan di RCI
Diterbitkan:  Sep 6, 2017 12:24 PM
Dikemaskini: 4:36 AM

Bekas gabenor Bank Negara Malaysia (BNM) Tan Sri Zeti Akhtar Aziz hari ini memberi keterangan kepada Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) berhubung kerugian pertukaran asing (forex) pada 1990-an.

Turut berbuat demikian ialah Tan Sri Nor Mohamed Yakcop yang menjadi penasihat BNM ketika skandal itu berlaku.

Zeti dan Nor Mohamed adalah antara saksi utama yang dikenal pasti selepas nama mereka disebut beberapa saksi yang telah memberi keterangan.

Turut dijangka memberi keterangan hari ini - hari keenam pendengaran RCI - adalah bekas peguam negara Tan Sri Ainum Mohamed Saaid.

Saksi lain yang bakal dipanggil ialah bekas gabenor BNM Tan Sri Ahmad Mohd Don, bekas ketua audit negara Tan Sri Dr Hadenan Abdul Jalil dan bekas ketua pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Terdahulu, bekas pengurus akaun BNM Abdul Aziz Manaf yang menjadi saksi pertama pendengaran RCI mendakwa bank pusat itu mengalami kerugian sebanyak RM31.516 bilion.

Sementara itu, bekas Timbalan Gabenor Bank Negara Lin See Yan pula mengesahkan, Nor Mohamed ketika itu menjadi ketua kegiata itu, dengan mengawal secara terus urus niaga dan melapor secara langsung kepada gabenor.

Pendengaran RCI dijadualkan berlangsung hari ini dan esok. Ia akan disambung semula pada 18 hingga 21 September depan.

Lihat Komen
ADS