Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita
Dr M: Mesyuarat Najib-Trump 'kemuncak campur tangan asing'

Tun Dr Mahathir Mohamad mendakwa Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak mengundang campur tangan asing dalam urusan dalaman negara.

Bekas perdana menteri itu merujuk kepada mesyuarat Najib dengan Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump di White House, yang dijadualkan pada 12 Sept ini.

Dalam satu wawancara dengan portal The Malaysian Insight, Mahathir mencatatkan bagaimana penyokong Najib menuduh pembangkang menulis petisyen kepada rakyat asing untuk melibatkan diri dalam urusan negara.

"Sekarang dia (Najib) pula pergi jumpa Trump.

"Jelas sekali untuk cuba membersihkan imejnya di negara ini. Inilah kemuncak campurtangan asing dalam politik negara kita," katanya.

Mahathir bagaimanapun percaya bahawa rakyat Malaysia tidak akan terpengaruh dengan usaha Najib untuk memujuk Trump.

"Ituah yang dia harap akan berlaku tetapi saya tidak fikir rakyat negara ini akan terpengaruh," katanya ketika ditanya sama ada lawatan Najib ke White House mampu memulihkan imej perdana menteri.

Dalam laporan 23 Ogos lalu, The Wall Street Journal mendakwa bahawa Najib tidak sabar-sabar untuk mengeratkan persahabatannya dengan presiden AS itu ketika dirinya mungkin terpalit dalam siasatan besar Jabatan Keadilan (DOJ) AS mengenai 1MDB.

Kedutaan Amerika Syarikat di Kuala Lumpur berkata Trump berharap untuk mengalu-alukan Najib ke White House dan meraikan ulang tahun ke-60 hubungan dua hala kedua-dua negara.

Bagaimanapun, kolumnis Washington Post, Josh Rogin menulis pada Ahad lalu, Najib dan Trump sama-sama terlibat dalam siasatan besar DOJ.

Sementara itu, pemimpin DAP, Lim Kit Siang, yang turut hadir dalam temu bual itu, ditanya mengenai keputusannya untuk mengketepikan perbezaannya dengan Mahathir.

Ahli politik veteran itu menjawab bahawa keputusannya itu adalah untuk menyelamatkan Malaysia.

[Baca berita penuh]

 

Lihat Komen
ADS