Ketua Parlimen DAP Lim Kit Siang mahu Timbalan Menteri Belia dan Sukan Datuk M Saravanan memohon maaf atas dakwaan terlibat dalam pertengkaran di pejabat akhbar Tamil Malar di Kuala Lumpur, pada Selasa lalu.

"Presiden MIC Datuk Seri Dr S Subramaniam juga mesti mengambil pendirian dan mengutuk apa yang berlaku.

"Saya menggesa Perdana Menteri (Datuk Seri Najib Razak) untuk mengutuk serangan ini sebelum dia ke White House minggu depan, kerana jika kamu membenarkan gangsterisme di satu kawasan, ia akan merebak ke kawasan lain.

"Dia (Najib) harus menyoal Saravanan jika ini adalah contoh yang sepatutnya dipamerkan oleh seorang timbalan menteri," kata Lim pada sidang akhbar di pejabat akhbar itu, hari ini.

Menurut Lim, di sebalik penafian Saravanan tentang penmbabitan dan penjelasannya bahawa beliau berada di pejabat itu untuk meleraikan perbalahan berkenaan adalah jelas bahawa timbalan menteri bertanggungjawab atas "aksi gangsterisme" yang berlaku.

Beberapa wakil rakyat DAP, termasuk ahli parlimen Ipoh Barat M Kulasegaran dan ADUN Teratai, Tiew Way Keng turut hadir pada sidang media hari ini.

[Baca berita penuh]