Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
story images
story images
mk-logo
Berita
Selepas naik 10 minggu, AMANAH anjur protes harga petrol
Diterbitkan:  Sep 7, 2017 3:29 PM
Dikemaskini: 7:55 AM

Selepas kenaikan harga petrol untuk 10 minggu berturut-turut, Pemuda AMANAH Nasional akan menganjurkan protes bagi membantah tindakan kerajaan tersebut.

Naib Ketuanya Shazni Munir Mohd Ithnin berkata, kenaikan itu menunjukkan kerajaan tidak mengambil kira masalah rakyat yang berhadapan kenaikan kos sara hidup dan pendapatan boleh guna yang kian berkurang.

"Kita kesal dengan sikap wewenang kerajaan yang menaikkan harga petrol untuk minggu ke-10.

"Pemuda Amanah akan melancarkan protes bagi menuntut harga semasa minyak diturunkan," katanya dalam kenyataan media hari ini.

Beliau berkata, protes tersebut akan turut melibatkan sejumlah NGO lain dan akan dijalankan serentak di seluruh negara pada 11 September ini, dengan Waktu dan lokasi protes akan dimaklumkan Pemuda Amanah negeri dalam waktu terdekat.

Harga runcit RON95 dan RON97 untuk minggu ini naik 4 sen kepada RM2.20 seliter dan RM2.48 seliter, manakala diesel naik 1 sen kepada RM2.05.

Shazni berharap rakyat dapat menyertai protes tersebut bagi menguatkan lagi desakan terhadap kerajaan untuk memikul tanggungjawab dan mengembalikan subsidi petrol.

Harga petrol menyaksikan trend menaik sejak 6 Julai lalu. Sepanjang tempoh itu, perubahan harga tidak berlaku hanya dua kali, iaitu pada 20 Julai dan 24 Ogos.

Pada 6 Julai, harga RON95 adalah RM1.93 seliter, manakala RON97 pada RM2.19 seliter dan diesel pula RM1.91 seliter.

Lihat Komen
ADS