Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
story images
story images
mk-logo
Berita
Wanita di P Pinang berhimpun bantah 'politik toksik'

Meskipun hanya sekumpulan kecil, suara mereka cukup kuat kedengaran ketika aktivis wanita berpakaian ungu daripada pelbagai organisasi dan parti politik membantah "Politik toksik" di Esplanade, Pulau Pinang hari ini.

Kereta yang lalu lalang membunyikan hon sementara kumpulan wanita berkenaan membawa sepanduk berbunyi "Tidak ada keganasan, tidak ada perkauman".

Acara hari ini diadakan serentak dengan himpunan di Kuala Lumpur, di mana kira-kira 1,000 orang hadir di perhimpunan yang dihadiri oleh isteri perdana menteri keempat, Tun Dr Siti Hasmah Mohd Ali dan anaknya Marina Mahathir, bekas presiden Majlis Peguam, Datuk Ambiga Sreenevasan, Pemimpin G25 Datuk Noor Faridah Ariffin dan Presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail.

Di Pulau Pinang, kira-kira 50 orang berkumpul.

Presiden Pusat Krisis Wanita, Mariam Lim berkata walaupun negara telah merdeka selama 60 tahun, hak dan isu-isu wanita masih jauh ketinggalan.

"Kami tidak diwakili dalam semua peringkat pembuat keputusan, termasuk Parlimen, sedangkan kami 50 peratus daripada penduduk di negara ini, lebih ramai wanita masuk universiti daripada lelaki, tetapi apa yang berlaku kepada suara kita?" soalnya.

"Ini adalah masa untuk kita bangun dan bersuara, pastikan kita diwakili dengan betul dan hak-hak kita, dilindungi.

"Bukan sahaja wanita mesti tampil, kita juga mungkin diancam, jadi kita mesti dapatkan lelaki, suami, saudara lelaki dan bapa kita tampil ke hadapan kerana hak wanita adalah hak asasi manusia, dan semua lelaki mempunyai ibu, saudara perempuan, anak perempuan dan mereka mesti menunjukkan minat dalam isu ini,"katanya.

[Baca berita penuh]

Lihat Komen
ADS