WARISAN: Pertimbang idea kad pengenalan Sabah
Jawatankuasa tetap Sabah berkaitan pendatang haram dibidas kerana gagal mengeluarkan laporan yang memperincikan masalah itu.
Timbalan Presiden Parti Warisan Sabah Darell Leiking berkata laporan itu lebih penting berbanding laporan kemasukan suspek penjenayah, yang kemudian ditangkap di semenanjung.
“Lebih teruk lagi, sesetengah mereka sudah ada dalam sistem keselamatan dan agensi pertahanan seperti Jabatan Sukarelawan Malaysia (RELA).”
“Daftar pemilih, yang dicemari dengan individu-individu yang mungkin bukan warganegara Malaysia, yang berkongsi nombor kad pengenalan sama dengan warga Sabah dan rakyat Malaysia sebenar, masih tidak selesai hingga ke hari ini.”
Pada 2014, suruhanjaya siasatan diraja (RCI) berkaitan masalah itu mendapati terdapat sindiket melibatkan penjawat awam yang didakwa memberikan kerakyatan haram dalam jumlah yang besar.
Kerajaan kemudian membentuk jawatankuasa tetap diketuai oleh Ketua Parti Bersatu Sabah (PBS) Tan Sri Joseph Pairin Kitingan untiuk mencari penyelesaiannya.
Pairin berjanji bahawa laporan itu akan siap pada 2015 – dua tahun lalu.
Dalam kenyataan hari ini, Leiking berkata jawatankuasa Pairin patut itu patut menyediakan klaporan itu segera bagi mengelakkan ia dijadikan isu oleh pembangkang.
WARISAN juga menggesa Putrajaya mempertimbangkan saranan supaya kerajaan Sabah mengeluarkan kad pengenalan sendiri di samping MyKad sedia ada.
Ia, katanya, mesti dilakukan dengan mengambil kira kegagalan pengeluaran laporan itu serta ketidakupayaan kerajaan menarik balik MyKad yang dikeluarkan secara salah.
“Pengeluaran Sabah ID (kad pengenalan Sabah) yang wujud bersama MyKad serta ada,” jelasnya.
Awal bulan ini, pihak berkuasa menahan lapan individu yang didakwa mempunyai kaitan dengan pengganas selatan Filipina, Abu Sayaff di Kuala Lumpur.
Enam daripada mereka didakwa keturunan Filipina yang berasal dari Sabah.

