Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
story images
story images
mk-logo
Berita

GLOBAL Amerika Syarikat terus memberikan bantuan teknikal kepada tentera Filipina dengan menghantar sebuah pesawat udara tanpa pemandu ke Mindanao untuk membantu negara itu memerangi pengganas, lapor agensi berita China Xinhua.

"Pesawat dikenali Gray Eagle Unmanned Aircraft Systems (UAS) itu dihantar ke Mindanao untuk menjalankan aktiviti pengawasan tambahan sebagai menyokong usaha Angkatan Tentera Filipina (AFP)," kata kenyataan Kedutaan AS di Filipina pada Isnin.

Jelas kenyataan itu, Gray Eagle mempunyai tempoh penerbangan lebih lama yang membolehkan ia meninjau kawasan lebih luas.

Sejak tiga tahun lepas, AS telah menghantar bantuan bernilai lebih 15 bilion peso (US$295 juta) dihantar ke Filipina.

"Penghantaran yang dilakukan baru-baru ini termasuk pesawat jenis UAS Raven Tactical dan dua pesawat pengawasan Cessna-208B," tambah kenyataan itu.

Hubungan ketenteraan yang teguh sejak sekian lama dengan Filipina membolehkan AS bertindak pantas membantu memenuhi keperluan AFP selain menyokong matlamat angkatan tentera berkenaan.

- Bernama

Lihat Komen
ADS