Paling Popular
Terkini
story images
story images
mk-logo
Berita
Firma Jerman henti jual senjata api pada rejim 'korup'
Diterbitkan:  Sep 11, 2017 3:21 PM
Dikemaskini: 7:27 AM

Firma pengeluar senjata api terkemuka Jerman, Heckler & Koch (H & K) berkata ia tidak lagi akan menjual produknya ke negara-negara yang dianggap korup atau tidak demokratik.

Selain itu, katanya, ia akan menghadkan jualan kepada negara-negara Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara (NATO) dan negara-negara anggota Kesatuan Eropah (EU) serta negara-negara yang setaranya seperti Switzerland, Australia, New Zealand dan Jepun.

"Heckler & Koch tidak berniat untuk menjana perniagaan baru dengan negara-negara di luar Nato; hanya apa yang dinamakan sebagai 'negara hijau' akan dibekalkan, iaitu mereka yang demokratik, tidak korup dan sama ada negara Nato atau setara mereka," kata firma itu dalam laporan rasmi tahunan 2016 yang diterbitkan awal tahun ini.

Malaysia akan menjadi antara negara yang dikecualikan oleh kriteria tersebut.

H & K mengeluarkan pelbagai jenis senjata kecil, seperti senapang submachine MP5 yang banyak digunakan sebagai senjata api utama unit penguatkuasaan undang-undang di seluruh dunia, termasuk penggunaan oleh anggota kereta peronda polis Malaysia, ketika di sekatan jalan dan di sentri.

[Baca berita penuh]

Lihat Komen
ADS