Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Najib: Jumpa Trump bukan nak minta duit
Diterbitkan:  Sep 12, 2017 12:45 PM
Dikemaskini: 4:47 AM

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak berkata, pertemuannya dengan Donald Trump bukanlah untuk meminta wang sebaliknya menunjukkan Malaysia adalah sebuah negara penting kepada Amerika Syarikat (AS).

Najib berkata, kunjungannya ke AS adalah untuk dijadikan rakan memerangi keganasan, lapor Utusan Malaysia.

"Kita datang bukan untuk meminta wang tetapi datang sebagai sebuah negara yang sedang berkembang pesat dan bakal berada dalam kalangan 20 negara maju.

'Kita datang untuk beritahu bahawa kita boleh dijadikan rakan untuk memerangi keganasan dengan kita mengamalkan Islam sebenar,” beliau dipetik sebagai berkata.

Najib tiba ke AS hari ini untuk lawatan rasmi bagi memenuhi undangan Trump di Rumah Putih.

Sementara itu, Najib turut berkata, Malaysia berharap hubungan hubungan baik dengan AS terus diperkukuhkan sebagaimana hubungan dengan rakan di Asia termasuk China, Jepun dan Asia Barat.

"Malaysia negara kecil berbanding AS yang berkeluasan 30 kali lebih besar tetapi kita menjadi negara rakan dagang ke-18 AS dari segi eksport selain pelabur yang signifikan di AS,” beliau dilapor sebagai berkata.

Jelasnya, pertumbuhan negara yang pesat termasuk pembinaan MRT, kereta api laju Singapura-Kuala Lumpur, lebih raya Pan Borneo dan kereta api laju Kelantan-Kuala Lumpur tidak menunjukkan Malaysia sebagai negara gagal sebagaimana didakwa pembangkang.

"Kita buat ini untuk generasi muda sekarang. Kita nak tinggalkan negara yang berjaya," beliau dilapor sebagai berkata.

Lihat Komen
ADS