Paling Popular
Terkini
story images
story images
story images
mk-logo
Berita
'Luar biasa bagi Najib jumpa Trump ketika siasatan 1MDB'

Presiden Donald Trump mengalu-alukan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak ke Rumah Putih pada hari Selasa, dengan memuji keputusan Malaysia melabur di Amerika Syarikat tetapi mengelak menyentuh siasatan negara itu terhadap satu dakwaan skandal rasuah.

Lawatan itu penting bagi Najib, menjelang pilihan raya umum, dan mahu memberi isyarat bahawa beliau masih dialu-alukan di Rumah Putih, walaupun ada siasatan jenayah oleh Jabatan Keadilan (DOJ) Amerika Syarikat terhadap 1MDB.

Seorang pegawai kanan AS mengakui bahawa ia adalah luar biasa untuk bertemu dengan Najib ketika 1MDB berada di bawah pengawasan pengawalseliaan.

"Ini satu situasi yang pelik," kata pegawai itu merujuk kepada siasatan DOJ, sambil menjelaskan bahawa pihak pentadbiran telah memberi keutamaan kepada hubungan dengan negara-negara Asia Tenggara untuk menangani "keuntungan besar" yang diperolehi oleh negara China di rantau itu dalam dekad yang lalu.

Katanya, pihak pentadbiran berpandangan bahawa ia tidak boleh terus menerus melepaskan hubungannya dengan semua negara berkenaan, atas apa jua isu semasa.

Diiringi para penasihat utama di Bilik Kabinet, Najib memberitahu Trump bahawa Malaysia Airlines akan membeli 25 jet Boeing 737 dan lapan pesawat Dreamliner 787, dan mungkin akan menambah lagi 25 pesawat 737s dalam masa terdekat - yang menurutnya bernilai lebih AS$10 bilion dalam tempoh lima tahun.

Najib berkata, Kumpulan Wang Simpanan Pekerja Malaysia mahu membelanjakan AS$3 bilion hingga AS$4 bilion untuk pembangunan infrastruktur AS.

Rumah Putih pada asalnya merancang untuk membenarkan wartawan ke Oval Office di mana berlangsung pertemuan Najib dengan Trump, tetapi menukarnya pada saat-saat terakhir.

[Baca berita penuh/asal]

- Reuters

Lihat Komen
ADS