Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita

Pengerusi Persatuan Hindraf Malaysia (PHM), P Waythamoorthy mengakui bahawa adalah satu kesilapan bagi PHM menyokong BN dalam pilihan raya umum ke-13.

Bagaimanapun, katanya, kumpulan itu tiada pilihan selepas perbincangan dengan Pakatan Rakyat ketika itu, menemui kegagalan, manakala BN dilihat lebih terbuka terhadap tuntutan mereka.

Katanya, mereka tahu BN tidak akan mengotai janjinya, tetapi mereka tiada pilihan kerana menurutnya, Hindraf berjuang untuk golongan miskin dan masyarakat kelas bawahan.

Malangnya, selepas lebih 20 perbincangan dengan Pakatan Rakyat, mereka gagal mencapai kata sepakat, kata Waythamoorthy di sebuah forum di Kuala Lumpur malam tadi.

Jadi, katanya, BN datang dan bertanya sama ada mereka boleh membuatnya secara bertulis dan "kami berkata 'ya'".

Beliau berkata BN telah bersetuju dengan tuntutan PHM untuk membuat persetujuan mereka secara terbuka dan meminta maaf atas penganiayaan terhadap masyarakat India Malaysia.

Di tengah-tengah tempoh kempen pilihan raya ke-13 pada April 2013, Perdana Menteri sementara, Datuk Seri Najib Razak menandatangani memorandum persefahaman (MOU) dengan PHM yang digelar sebagai 'Pelan Tindakan Lima Tahun Hindraf-BN Untuk Masyaraklat India'

erikutan kemenangan BN dalam pilihan raya, Waythamoorthy dilantik sebagai senator dan timbalan menteri di Jabatan Perdana Menteri untuk melaksanakan pelan tindakan itu.

Waythamoorthy berkata pemimpin BN memberitahunya bahawa PHM membantu BN memenangi tambahan lapan hingga 10 kerusi parlimen dalam pilihan raya tersebut.

Bagaimanapun, katanya, beliau percaya beliau telah membantu BN memenangi 12 kerusi - dan pembangkang boleh menang lebih banyak kerusi jika dia bekerjasama dengan Pakatan Rakyat.

Katanya, beliau kemudiannya menghadapi kesukaran dalam melaksanakan rancangannya.

Waythamoorthy akhirnya meletak jawatan sebagai senator dan timbalan menteri sebagai atas "perkara prinsip" pada bulan Februari 2014 dan memohon maaf kerana gagal menunaikan janji-janjinya. Ini hanya lapan bulan selepas pelantikannya sebagai timbalan menteri.

Pelbagai menteri kabinet pada masa itu, seperti Datuk Abdul Rahman Dahlan dan Datuk Seri Hishammuddin Hussein, menafikan dakwaan Waythamoorthy bahawa BN tidak menunaikan MOU dengan PHM.

Waythamoorthy juga memberitahu forum itu bahawa beliau telah terlibat dengan masyarakat India berpendapatan bawahan sejak meletak jawatan.

[Baca berita penuh]

Lihat Komen
ADS