Paling Popular
Terkini
story images
story images
story images
story images
story images
mk-logo
Berita

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak cukup dikenali sebagai antara pemimpin negara yang mesra dengan media dan jarang sekali mengelakkan dirinya daripada menjadi tumpuan kamera.

Bagaimanapun, perjumpaannya dengan presiden Amerika Syarikat, Donald Trump di White House semalam tidak memperlihatkan dirinya seperti lazimnya. Beliau tampil hanya seketika untuk membolehkan gambarnya dirakamkan.

Tidak seperti perjumpaan Trump dengan ketua-ketua kerajaan lain, tidak ada sesi bergambar untuk media ketika mereka berjabat tangan di Pejabat Oval. Ini mungkin untuk mengelakkan wartawan daripada melemparkan sebarang soalan yang menjengkelkan kepada perdana menteri.

Satu-satunya imej Najib membuktikan Najib berada di pejabat presiden AS dirakamkan oleh unit media rasmi White House.

Begitu juga, kedua-dua mereka memilih untuk tidak mengadakan sidang media bersama baik di East Room mahupun di Rose Garden.

Sebaliknya, kenyataan media bersama dikeluarkan selepas perjumpaan mereka di Cabinet Room, yang mana wartawan dilarang mengajukan sebarang soalan.

Malaysiakini difahamkan bahawa unit media White House dimaklumkan sebelum ketibaan Najib bahawa tidak ada sidang akhbar akan diadakan susuan mesyuarat mereka.

Kawalan ke atas media itu dipercayai bagi mengelakkan kemungkinan sebarang soalan mengenai siasatan AS berhubung skandal 1MDB yang dikaitkan dengan Najib.

Bagi pengkritik, perjumpaan Najib dengan Trump adalah bertujuan untuk meredakan tekanan akibat siasatan oleh Jabatan Keadilan (DOJ) AS serta Biro Penyiasatan Persekutuan (FBI).

Di sebalik sekatan ke atas media dan liputan akhbar Amerika Syarikat yang membidas sebelum dan selepas perjumpaan itu, lawatan berkenaan dianggap satu kejayaan bagi Najib dan penyokongnya.

Beliau kini mampu kembali dan memaparkan gambarnya bersalaman dengan Trump di White House sambil tersenyum untuk dipaparkan kepada rakyat bahawa walaupun menjadi subjek siasatan kleptokrasi asing terbesar, beliau diterima oleh presiden AS itu.

[Baca berita penuh]

Lihat Komen
ADS