Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
SPRM tingkatkan kempen galakkan saksi lapor rasuah

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) sedang mempertimbang untuk meningkatkan kempen bagi menggalakkan pemberi maklumat mendedahkan kes melibatkan rasuah.

Ketua Pesuruhjaya SPRM, Datuk Dzulkifli Ahmad juga menegaskan bahawa identiti pemberi maklumat akan dilindungi, selaras dengan peruntukan di bawah Akta Perlindungan Pemberi Maklumat dan Akta Perlindungan Saksi.

Beliau memberi respon terhadap keengganan pegawai kerajaan untuk melaporkan rasuah walaupun terdapat insentif tunai diberikan bagi tujuan itu.

Sejak skim itu diperkenalkan pada tahun 2011, kurang daripada satu peratus daripada sejuta anggota perkhidmatan awam menerima insentif berkenaan.

Mengulas mengenai perkara itu, Dzulkifli berkata sesetengah orang mungkin menolak rasuah secara langsung dan memutuskan untuk tidak melaporkan perkara tersebut.

"Mungkin dia tak melapor dan tak mahu ganjaran tersebut. Jadi banyak sebab yang mereka tak lapor, bukan kerana mereka terima rasuah dan senyap," katanya dalam sidang akhbar di Kuala Lumpur hari ini.

Ditanya sama ada keengganan itu mungkin disebabkan oleh ketakutan kerana identiti mereka dibongkar, Dzulkifli berkata kemungkinan itu tidak timbul.

"Kemungkinan itu tidak ada kerana di bawah undang-undang, maklumat ini akan dilindungi. Identiti mereka kita jaga dan kita tak akan bocorkan,"

"Ada Akta Perlindungan Saksi dan Akta Perlindungan Pemberi maklumat. InshaAllah mungkin kena buat kempen lebih kepada rakyat, lihat sudut tu, tentang hak-hak mereka bawah Akta Perlindungan Saksi dan Akta Pemberi Maklumat," katanya.

Terdahulu, Dzulkifli melancarkan kerjasama antara Majlis Amanah Rakyat (MARA) dan SPRM menerusi Gerakan Revolusi Anti Rasuah (Gerah) dan kempen 3J [jangan hulur, jangan kawtim, jangan settle].

Tiga bas Mara Liner akan memaparkan mesej kempen berkenaan selama setahun.

[Baca berita penuh]

Lihat Komen
ADS