Paling Popular
Terkini
story images
story images
story images
mk-logo
Berita
Mat Sabu: Tubuh RCI siasat Hang Tuah lawan Hang Jebat

Presiden AMANAH, Mohamad Sabu mencadangkan kepada kerajaan supaya menubuhkan sebuah Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) untuk menentukan siapa yang betul di antara dua pahlawan Melayu zaman kesultanan Melayu Melaka, Hang Tuah dan Hang Jebat.

Beliau yang dikenali meluas dengan Mat Sabu, berkata demikian di sebuah forum di Kuala Lumpur malam tadi semasa membincangkan tajuk rasuah dan penyalahgunaan institusi kerajaan di Malaysia.

"Institusi kerajaan tidak digunakan untuk memerangi jenayah dan rasuah, tetapi untuk tujuan politik.

“RCI kini digunakan untuk siasat skandal pertukaran asing (forex) 20 tahun lalu; RCI juga akan digunakan untuk menyiasat Insiden Memali... mengapa ini mengambil masa 30 tahun?

"Sebab itulah saya cadangkan supaya RCI ditubuhkan untuk menentukan siapa yang betul di antara Hang Tuah dan Hang Jebat," kata Mat Sabu.

Hang Tuah dan Hang Jebat adalah dua daripada lima sahabat semasa pemerintahan Sultan Mansur Shah pada kesultanan Melaka abad ke-15.

Menurut sejarah Melayu, kedua-dua sahabat akrab itu akhirnya bertarung sesama mereka kerana berbeza pendirian.

Hang Jebat yang berang dan mengamuk setelah diberitahu bahawa Hang Tuah telah dibunuh akhirnya mati di tangan laksamana Melaka itu. Tuah yang akur kepada arahan sultan tergamak menikam sahabat karipnya walaupun menyedari Jebat mengamuk kerana menuntut bela atas ‘kematiannya’ itu.

[Baca berita penuh]

Lihat Komen
ADS