Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita
Dzulkifli: Ada kegerunan pada SPRM
Diterbitkan:  Sep 13, 2017 1:31 PM
Dikemaskini: 5:35 AM

Ketua Pesuruhjaya, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Datuk Dzulkifli Ahmad berpendapat bahawa pemberi rasuah kini mengeruni suruhanjya itu.

Merujuk laporan berita mengenai tindakan yang diambil oleh SPRM setakat ini, Dzulkifli percaya bahawa ternyata ada kegerunan terhadap suruhajaya itu.

“Apabila jumpa orang ramai, (mereka) menyatakan nampak tahap rasuah berkurangan, kita nampak ini suatu kesan positif daripada tindakan kita ambil.

“Ini masih berterusan, masih ada tangkapan setiap minggu

“Saya telah janji dari awal tahun, (saya) tak pernah mungkir janji, setiap minggu (akan) ada satu siasatan atau satu pertuduhan, sekarag ini bukan satu sahaja... sehinggalah akhir tahun,” katanya pada sidang akhbar di Kuala Lumpur hari ini.

Berdasarkan perkembangan itu, Dzulkifli yakin bahawa Malaysia mampu memperbaiki kedudukan negara dalam Indeks Persepsi Rasuah tahun ini.

“Insya-Allah, saya yakin dan percaya indeks tahun ini akan lebih baik daripada tahun lepas,” katanya.

Kedudukan Malaysia dalam Indeks Persepsi Rasuah jatuh satu tangga pada 2016.

[Baca berita penuh]

Lihat Komen
ADS