Paling Popular
Terkini

Ahli akademik dan pemimpin masyarakat mencadangkan politik Malaysia berpaksikan hasrat orang ramai serta menjauhi wacana yang memecah-belah mengenai kaum dan agama.

Kesemua pembicara pada majlis perbincangan berjudul “Diversity in the framework of unity” hari ini bersetuju bahawa ahli-ahli politik dipersalahkan kerana menggunakan isu kaum dan agama untuk disesuaikan bagi mendapat sokongan politik.

Hal ini menurut para pembicara menyebabkan susunan masyarakat Malaysia meretak dengan berdasarkan tanggapan perbezaan.

Slogan politik kosong yang diwar-warkan kerajaan, seperti 1Malaysia sangat sedikit membantu untuk menginspirasikan kesatuan masyarakat, kata profesor madya sains politik Universiti Islam Antarabangsa Dr Maszlee Malik.

"Sebaliknya, kita memerlukan naratif baru yang mengutamakan cakap yang serupa dengan yang dibikin dan ia perlu datang daripada masyarakat sivil - universiti, NGO, badan-badan agama dan perkumpulan orang ramai.

"Ia perlu datang secara langsung daripada orang ramai, dengan campur tangan kerajaan yang paling sedikit," kata beliau di ibu pejabat Institut Darul Ehsan (IDE) di Shah Alam hari ini.

Maszlee mencadangkan naratif itu bukan kaum dan agama, sebaliknya naratif yang dipandu oleh rasa saling hormat-menghormati, persaudaraan, tanggung jawab, kemanusiaan, cinta, belas ihsan dan peluang saksama.

Turut mendokong pendekatan dari bawah ke atas terhadap pembinaan negara bangsa ialah bekas ketua pegawai operasi IDEAS Tricia Yeoh dan pengasas Pusaka, sebuah NGO warisan Melayu Eddin Khoo.

Perbincangan ini diadakan bersempena pelancaran Pusat Kajian Pembinaan Bangsa di bawah Institut Darul Ehsan (IDE).

Ia bermatlamat untuk menggalakkan masyarakat meninggalkan politik berasaskan kaum.

Ia diketuai oleh ketua setiausaha Pakatan Harapan Datuk Saifuddin Abdullah. Ahli akademik profesor Datuk Siddiq Fadzil, anggota parlimen PKR Tumpat Datuk Kamaruddin Jaffar dan naib canselor Universiti Selangor (Unisel) Datuk Mohammad Redzuan Othman berkhidmat sebagai penasihat institut tersebut.

IDE ditubuhkan oleh kerajaan negeri pada April 2015. Menteri besar Selangor Datuk Seri Mohamed Azlin Ali merupakan penasihatnya.

[Baca berita penuh]

Lihat Komen
ADS