Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita
Syarikat milik Vijay Eswaran disiar dalam Forbes timur tengah

Usahawan terkemuka Malaysia dan pengasas Qi Group of Companies, Datuk Seri Vijay Eswaran, yang ditampilkan dalam majalah perniagaan terkenal Forbes, versi Timur Tengah, berkata Quest International University Perak (QIUP) yang diusahakan syarikat itu, mengambil pendekatan inovasi dan penyelidikan canggih untuk merealisasikan wawasan untuk muncul sebagai 'Harvard Timur'.

Majalah yang menyiarkan artikel dan laporan berkaitan dunia kewangan dan perniagaan, memaparkan Vijay Eswaran, yang telah mewujudkan minat terhadap dunia perniagaan global, termasuk pendidikan.

Dalam edisi September, Forbes menyiarkan artikel bertajuk ‘Never Stop Learning, Never Stop Seeking', yang memaparkan hasrat Vijay Eswaran ingin mengubah pendidikan tinggi dengan merancang untuk menjadikan usaha terbarunya itu sebagai 'Harvard Timur'.

"Visi QIUP ialah untuknya dikenali sebagai 'Harvard Timur'. Bercita-cita tinggi, tetapi dengan pendekatan yang tepat untuk belajar dan menumpukan pada inovasi dan penyelidikan canggih, saya yakin kami boleh mencapainya," katanya dalam majalah berkenaan.

Artikel berkenaan menarik minat warga Asia, terutamanya di Timur Tengah.

Tambahan pula, apabila cabang jualan langsung Vijay Eswaran, QNET, mengadakan konvensyen tahunannya di Dubai dari 8 hingga 12 Sept, yang telah menarik 12,000 usahawan global.

Dalam artikel Forbes itu, Vijay Eswaran berkongsi pemikirannya tentang potensi pendidikan tinggi di Asia Tenggara dan visinya untuk QIUP, yang merupakan projek dilaksanakan oleh QI Group, yang diterajui oleh Vijay Eswaran dengan kerjasama Kerajaan Negeri Perak.

Beliau menjelaskan bahawa QIUP telah mula menarik perhatian ahli akademik dari seluruh Asia Tenggara dan kini ingin menarik para penyelidik dan pensyarah terkemuka di dunia dari luar negara, untuk memberi inspirasi kepada generasi baru usahawan, inovator, profesional dan banyak lagi.

Vijay Eswaran yang dilahirkan di Pulau Pinang, mempunyai pelbagai perniagaan merentasi pelbagai bahagian dunia, adalah Pengerusi Eksekutif QI Group, yang ditubuhkan pada 1998.

Syarikat itu adalah konglomerat berasaskan e-dagang dengan kepelbagaian perniagaan dalam jualan, teknologi, gaya hidup dan liburan, pendidikan, latihan dan pengurusan persidangan, pembangunan hartanah dan logistik, serta pembangunan hartanah di Ipoh yang dikenali sebagai 'QI City'.

QI Group mempunyai pejabat serantau di Hong Kong, Singapura, Malaysia dan Thailand, selain berada di hampir 30 negara melalui pelbagai anak syarikat.

Vijay Eswaran telah menulis beberapa buku, termasuk yang popular ‘The Sphere of Silence’ dan terkini, ‘Two Minutes from the Abyss’.

 

Lihat Komen
ADS