25 maut dalam kebakaran pusat tahfiz

   

Sekurang-kurangnya 25 maut dalam kebakaran di Pusat Tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah di Jalan Keramat Ujung, di ibunegara awal pagi ini.

Menurut jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Kuala Lumpur, pihaknya masih mengenal pasti jumlah sebenar mangsa yang terkorban dan cedera.. lapor Bernama.

Mangsa yang terkorban kebanyakannya adalah pelajar, manakala yang cedera telah dihantar ke Hospital Kuala Lumpur.

Pihak bomba menerima panggilan kecemasan pada 5.41 pagi.
Video awam menunjukkan tingkat paling atas di bangunan tiga tingkat pusat tahfiz itu masih terbakar ketika azan subuh berkumandang.

Kereta bomba dan penyelamat bersama 36 anggota berkejar ke tempat kejadian dan kebakaran dapat dikawal kira-kira jam 6.15 pagi.

Sekurang-kurangnya enam mangsa diselamatkan oleh anggota bomba di tempat kejadian, manakala sekurang-kurangnya 24 yang lain ditemui maut.

Punca kebakaran belum dapat dipastikan.

- Bernama
 

Komen

PERINGATAN:
Malaysiakini tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Malaysiakini
terkini untuk anda