Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita
WARISAN janji ubah ekonomi pantai timur Sabah
Diterbitkan:  Sep 14, 2017 9:55 AM
Dikemaskini: 3:19 AM

Parti Warisan Sabah (Warisan) berjanji untuk mengubah kedudukan ekonomi Tawau, Lahad Datu dan Semporna, sekiranya parti itu membentuk kerajaan Sabah yang akan datang.

Naib Presiden Warisan, Junz Wong berkata, pelan hala tuju parti itu bertujuan menjadikan Tawau hab eksport makanan laut.

Wong berkata ini akan menghapuskan keperluan pengeluar makanan laut di Tawau mengangkut barangan mereka ke Kota Kinabalu sebelum ia boleh dieksport.

"Kami menyedari keperluan untuk memohon pensijilan dan ujian eksport untuk memastikan kawalan mutu produk makanan laut kami. Oleh itu hab ini juga akan menyediakan makmal untuk ujian tersebut.

"Kami yakin ini akan mengubah ekonomi rakyat dan menjadikan industri itu lebih cekap," kata Wong dalam satu kenyataan semalam.

Pelan tindakan itu juga merangkumi rancangan menaik taraf Pelabuhan Tawau, yang juga akan memberi manfaat kepada industri perikanan di Sandakan dan Lahad Datu, katanya.

Pulau MPOB

Mengenai Lahad Datu, Wong berkata kerajaan Warisan akan menubuhkan Lembaga Minyak Sawit Sabah (SPOB) untuk memecahkan pergantungan kepada lima pengeksport yang dipilih oleh Lembaga Minyak Sawit Malaysia (MPOB).

"Kami percaya dengan adanya SPOB, kita apat membangunkan industri minyak sawit dengan lebih berkesan, terutamanya mengenai perindustrian hiliran.

"Pemain minyak kelapa sawit kami, serta pakar-pakar, mampu untuk memastikan kualiti minyak sawit mentah kita an menguruskan pembangunannya, bagi penduduk tempatan tahu apa yang terbaik untuk industri tersebut," kata Wong.

Beliau berkata kerajaan Warisan juga akan mengalihkan pangkalan penguatkuasaan tentera dan maritim dari Lok Kawi dan Sepanggar ke Lahad Datu untuk menangani isu keselamatan.

"Tawau akan menjadi pusat eksport makanan laut, Semporna sebagai syurga pelancongan, manakala Lahad Datu akan menumpukan perhatian kepada perindustrian hiliran kelapa sawit dan Sandakan akan memberi tumpuan kepada usaha campuran untuk hiliran kelapa sawit serta pelancongan.

"Usaha-usaha ini bukan sahaja akan mewujudkan banyak peluang pekerjaan tetapi juga meningkatkan peluang untuk keusahawanan di bawah kerajaan Warisan, terutama bagi generasi muda," tambah Wong.

[Baca berita penuh/asal]

Lihat Komen
ADS