Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
PM: Zaid tiada hak dapatkan butiran akaun berkaitan 1MDB
Diterbitkan:  Sep 15, 2017 2:55 PM
Dikemaskini: 7:01 AM

Perdana menteri Datuk Seri Najib Razak berkata bekas menteri undang-undang Datuk Zaid Ibrahim tidak mempunyai hak untuk mendapatkan butiran empat akaun AmBank Islamic yang terlibat dalam skandal 1MDB.

Najib memetik Seksyen 145 Akta Perkhidmatan Kewangan Islam 2013 (Ifsa) dalam permohonannya untuk membatalkan permohonan Zaid mendapatkan butiran mengenai empat akaun bank yang didedahkan, yang kesemuanya dikatakan dimiliki perdana menteri.

Permohonan yang difailkan pada 8 September dibawa ketika pengurusan kes di hadapan Timbalan Pendaftar Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur, Nurul Ain Hamzah hari ini.

Pada 13 September tahun lepas, Zaid memohon perintah mahkamah untuk memaksa AmBank memberi maklumat berkaitan lima akaun bank, di bawah Akta Buku Banker (Keterangan) 1949 (BBEA).

Bagaimanapun, AmBank menjawab bahawa ia hanya mempunyai rekod empat daripada lima akaun tersebut.

Julai lepas, Pesuruhjaya Kehakiman Rohani Ismail memutuskan bahawa Najib mempunyai kepentingan yang mencukupi untuk mencelah dalam permohonan penzahiran itu, yang masih belum didengar.

Selain Seksyen 145, Najib juga menyebut dalam afidavitnya bahawa BBEA tidak memberikan hak penzahiran kepada mana-mana pihak.

"Peguam saya akan mengemukakan isu Seksyen 145 dan BBEA semasa pendengaran permohonan penyingkiran," katanya.

[Baca berita penuh]

Lihat Komen
ADS